Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Layakkah Aku??? (Siri 3)

Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:28 PG
“ Hidup ini bagaikan sebuah perlayaran mencari harta karun. Perlu mengharungi segala jenis ombak yang mendatang. Kadang-kadang kita terjumpa lubuk ikan di tengah laut. Mungkin itu perangkap samar untuk kita. Namun, tanpa kita sedari kita terus leka menangkap ikan tersebut sehingga kita lupa akan tujuan asal pelayaran ini.”

Siri 3

“Eh, Maz… bila ko datang sini? Ko buat apa kat u aku ni? Tetiba ada kat depan pintu kuliah aku ni. Macam chipsmore la ko ni. Hehe..” Terkejut aku melihat Maz tetiba ada tercegat kat depan aku.

“Amboi..banyak nyer soklan die. Tadi aku jumpa kawan aku kat sini. Dah datang sini, rindu nak jumpa ko lak. Kelas ko dah habis kan? Ko ni tak nak belanja aku minum kat kafe ker? Letih-letih aku datang ni...”

“Ahhaa.. lupa lak aku. Jom la kita gi kafe. Aku belanja ko minum. Nak belanja makan tak leh la. Kena tunggu aku kerja dulu …heheh….Pelik aku ko ni. Cam ne leh ko tau kelas aku bila habis, kat mana??”

“Hahaha…Aku guna khidmat nujum pak belalang la…hehe..”

“Apa-apa jer la ko ni…aku ada banyak citer ni nak citer kat ko..”

“Citer apa? Gosip hangat ker?”

“Tak der la.. aku nak tanya nasihat ko je… Ko ni kan macam kaunselor peribadi aku … pandai bagi nasihat kat aku.. boleh tak??”

“Citer la apa yang ko nak citer..Aku sedia mendengar..”

“Soklan pertama aku…heheh… Tak der la…Gini… aku kan dulu kat matrik biasa study sorang. Tapi kat sini biasa orang kata study berkumpulan lagi baik. Aku cuba la study berkumpulan. Tapi aku rasa tak berapa masuk la dalam kepala otak aku ni. Jadi kesimpulannya ko rasa…baik aku study sorang ker berkumpulan?”

“Woww…nasihat pasal study tu.. Aku pun tak pandai sangat. Dah ko mintak aku tolong bagi pendapat aku…aku bagi jer la…Pada pendapat aku la kan… Kita ni manusia yang dicipta berbeza-beza. Kita belajar kena ikut kesesuaian kita.Kita tak leh la ikut orang jer. Jadi rumusannya. Kalu aku jadi ko.. Aku akan study sorang-sorang dulu. Lepas aku betul-betul faham. Dah cair dah dengan benda tu sumer. Baru aku buat study group. Dalam study group tu boleh la kita tolong kawan-kawan kita yang belum faham lagi. Sambil tu kita boleh meningkatkan kefahaman kita. Yang memberikan lebih baik daripada yang menerima.”

“ Betul juga apa yang kau cakap tu. Aku akan cuba. Mmmm…”

Aku nak sangat tanya Maz camne cara nak nasihat roommate aku, Kak Amy tu. Sekarang ni lagi teruk aku tengok perangai dia. Aku ajak dia pergi masjid sekali dengan aku dia tak nak. Balik tengah malam. Kelas pun selalu dia ponteng. Pastu suruh kawan dia sign kan. Tapi layakkah aku untuk menasihati orang lain? Aku tak tau nak tanya Maz macam mana.

“Hey..Mira ko macam ada masalah jer. Tetiba termenung. Citer la kat aku… Mana tau aku boleh tolong ko”

“Mmm… macam ni… aku ada sorang kawan. Dia ni selalu ponteng kelas. Dia suruh kawan dia sign kan. Satu lagi dia suka balik tengah-tengah malam. Assigment dia,tak pernah aku tengok dia buat. Aku ajak dia gi masjid pun dia tak nak. Hajat aku ni, kalau boleh, aku nak ubah dia.Tapi aku tak tahu caranya.”

“Sebab ko dah citer kat aku. Aku bagi la skit nasihat kat ko. Kalau kita nak ubah orang ni kita kena banyak bersabar. Orang ni bukan senang kita nak ubah. Sebab tu la kata orang tua-tua ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Aku percaya orang yang ko nak ubah tu mesti la dah jadi buluh. Dah besar panjang. Dah tau nak fikir baik buruk. Tapi kenapa dia pilih yang buruk tu pasti ada sebab disebaliknya. Mungkin lingkungan kehidupan dia yang tidak sempurna…tidak seimbang. Kita tak mampu nak ubah orang, tak mungkin kita dapat lakukan. Kita hanya mampu memberi nasihat. Nak dengar ker tidak nasihat kita tu atas diri dia sendiri. Kalau dia tak nak terima jugak nasihat kita. Kita tak leh buat apa-apa. Ada yang lagi besar yang tau rahsia disebaliknya.”

“Terima kasih bagi nasihat kat aku. Aku akan cuba.”
Perbualan aku berakhir disitu. Maz minta izin untuk pulang. Sejak dari hari itu. Setiap bulan pasti aku akan bertemu dengannya. Bila aku tanya siapa kawannya yang biasa dia jumpa tu. Dia selalu mengelak untuk memberi jawapan. Biarlah itu menjadi rahsianya. Setakat ni aku malas lagi nak korek.

***************************************************************************
“Kak Amy, bangun Kak Amy… subuh dah nak habis ni!”

“Mmm…nanti jap lagi aku bangun la..”

“Bangun Kak Amy…Tinggal 5 minit lagi ni”
“Jap la…Skit lagi aku bangun la”

Melihat Kak Amy liat sangat nak bangun. Aku mengambil air minuman ku dan cuba menyimbahnya. Niat dihati nak simbah skit jer. Tapi tersimbah banyak pula.

“Maaf Kak Amy, saya tak berniat nak buat macam ni…”

“Hish…Mira! Ko nak mandikan aku ker?! Aku tau mandi sendiri la. Hilang mood aku nak tidur. Malas la aku nak semayang kalau macam ni. Rosak mood aku hari ni.”

“Kak Amy… Maafkan Mira. Kalu Kak Amy nak marahkan Mira, Kak Amy marah la. Tapi jangan sebab salah Mira, Kak Amy tak sembahyang plak.”

“Aku kata aku tak nak…Aku tak nak la…Ko kisah apa…Kalu masuk neraka pun aku bukan ko… Kubur lain-lain.”

“Tapi Kak Amy.. sebagai saudara seislam saya ada tanggung jawab saya. Saya tak leh biarkan Kak Amy begini. Kalau saya biarkan dengan saya-saya sekali akan dapat bala. Apa guna kita hidup bermasyarakat kalau kita tak saling membantu.”

“ Kau ingat kau tu sempurna sangat. Nak bagi nasihat kat aku lak. Kalu ko tu ustazah boleh la aku terima skit-skit. Ni ko pun bukannyer tahu sangat pasal agama. Nak nasihat orang jer lebey.”

“Memang saya tak sempurna. Tapi saya cuba untuk jadi sempurna. Saya tahu sempurna tu tak mungkin dapat dicapai oleh manusia biasa kerana sempurna itu ibarat asimtot. Tak mungkin dapat kita gapai sampai bila-bila. Hanya Allah yang memiliki sempurna itu.”

“Sedar diri pun. Ok…aku nak cabar kau. Aku rasa cabaran ni adil untuk kau memandangkan aku tengok ko ni rajin. Kalu ko dapat dekan sem ni. Aku ikut nasihat kau. Aku buat apa yang kau suruh aku buat. Tapi kalu ko dapat bawah 3. Ko kena ikut apa yang aku suruh. Kalu ko atas 3 dan tak dapat dekan. Abaikan perjanjian ni. Boleh??”

“Saya terima cabaran Kak Amy.”Aku terus menerima cabaran itu.

Memang ego aku sangat tinggi. Aku pantang dicabar. Tapi mampukah aku mendapat dekan? Aku kena belajar dengan bersungguh-sungguh. Aku amat yakin Allah akan menolong hambaNya. Tapi kalu aku kalah….Ahhh….salah diriku juga kerana terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Aku hanya kambing biasa. Kenapa aku berani masuk kandang harimau? Cukup kuatkah aku? Senjata apa yang aku ada untuk melawannya? Layakkah aku sebagai hambaNya untuk memperjudikan nasib ku sendiri?

Bersambung...


“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”