Layakkah Aku??? (Siri 16)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:44 PG
Siri 16
Sebulan telah berlalu… aku masih cuba melupakan khairul walaupun setiap hari kami bertemu di dalam kuliah.. aku menjauhkan diriku darinya…aku mahu menyembuhkan luka dihatiku ini.. Hari ni aku dan imah jalan-jalan di sebuah pasaraya besar untuk membeli belah pakaian dan sebagainya… ketika sedang menuruni eskulator… secara x sengaja sambil melihat eskulator di sebelah yang sedang naik…aku terpandang khairul… dia bersama seorang perempuan… sangat rapat hubungannya dengan perempuan itu… siap berpegang tangan dan berpeluk mesra lagi… anak mataku mengekori khairul dan perempuan tersebut.. mungkin perempuan itu yang mahu dimadukan denganku dahulu… aku cuba mengamati perempuan itu dari jauh… aku kenal perempuan tu… yer….Maz… kenapa Maz??? Bukan perempuan lain… tegar kau buat aku begini…. Aku ingatkan kau adalah teman sejatiku… rupanya aku salah… terlalu mempercayai dan menyanjungi mu sebagai teman sejati ku… aku perlu berjumpa dengan mu… aku perlu memberimu pengajaran… kau nasihatkan aku konon… kau sendiri bersama lelaki… dah la rampas dia dari aku… aku terus menarik tangan imah dengan cepat dan mengajak imah naik ke atas semula… imah yang terpingga-pingga terus mengikuti aku…
“Kenapa ni mira? Tetiba tarik tangan ana…. Kita nak gi mana ni..”
“Ala…ikut jer la mira… ada benda penting ni… nak naik atas jap…”
Sebaik sahaja aku berada hampir dibelakang Maz…
“Hey …betina…” Maz berpaling melihat ku dibelakang… dia kaget dan terkejut…
Aku tanpa rasa belas terus menamparnya… dengan sekuat hati ku…
“aku ingat kau kawan aku… tapi rupanya kau musuh aku… sanggup kau tikam aku dari belakang”
Khairul cuba menampar aku balik…mungkin membalas tamparan aku pada maz… tapi maz sempat menghalang khairul…
“Maaf mira… biar aku jelaskan dulu perkara yang sebenarnya…”
“ahhh…x payah kau nak berdalih lagi… sampai sini sahaja persahabatan kita…kau jangan datang cari aku lagi…terima kasih la sbb tolong aku dulu… nanti aku bayar balik semua duit kau yang kau bagi kat aku dulu… aku x punya kawan yang sejahat engkau”
Aku terus berlalu dari situ…
“Mira… maafkan aku… dengar dulu perkara sebenarnya…”
Namun aku tidak menghiraukannya… aku mengajak imah pulang…mood untuk shopping dah hilang… Imah yang masih kaget dengan tindakan ku hanya menuruti ku dari belakang… dalam perjalanan pulang imah cuba menasihati dan menenangkan aku…
“Mira… sabarlah.. mungkin mereka ada penjelasan mereka sendiri… kita x tau..”
“Penjelasan apa lagi imah… dah terang lagi bersuluh… mereka bersama… pasti ada hubungan cinta antara mereka…”
“yer… tapi kita x tau…kita x leh nak wat conclusion sendiri… mira x nak dgr penjelasan mereka..”
“sudahlah imah… awk x kenal sy dulu… kisah silam sy awk x tau… biarlah ia jd rahsia sy dan maz.. tp entah si khairul pun dah tau… sbb tu dia nak madukan sy… Maz dulu yang membantu sy untuk meneruskan hidup ni… dia memberi semangat untuk sy… dan dia tau segala kisah hidup sy… segala perasaan sy terhadap khairul… malah dia menyokong hubungan kami… tapi sekarang… kenapa dia yang mengkhianati sy?”
“Bersabarlah… tuhan tahu segalanya… kalu benar dia jahat… dia akan terima hukumannya… kita Cuma mampu bersabar dan menerima takdirnya…”
Aku terus membisu… aku mahu melayan perasaanku… aku juga rasa menyesal menampar Maz… dan tidak mendengar penjelasannya terlebih dahulu… Layakkah aku sebagai kawannya untuk menamparnya… tapi perbuatanya terlalu melampau… dulu dia yang sering mengingatkan aku supaya menjaga batas pergaulan… aku tengok skrg ni… dia yang lebih teruk… x ku sangka… khairul yang nampak baik pun begitu… mana hilangnya khairul yang aku kenal dulu.. mungkin ada hikmahnya dia meninggalkan aku… sebab dia bukan lelaki yang aku dambakan… diri sendiri pun x terbimbing… macam mana nak bimbing aku sebagai isteri… ada hati plak tu nak kawin banyak… kalu dia lelaki baik… mampu bimbing aku… adil… pasti aku rela dimadukan… walaupun hati ini bakal terguris… tapi dengan syarat… dia madukan aku bukan kerana nafsu… tapi demi agama…dulu aku x dapat menerima hidup bermadu… tp setelah diberi penjelasan oleh imah… aku akur… banyak kebaikan lelaki kawin banyak… sbb itu ia dibenarkan dalam islam… aku x mampu menolaknya.. tp untuk menerima khairul semula adalah mustahil… apatah lagi setelah peristiwa yang berlaku hari ini… Layakkah maz sebagai kawan ku untuk menyakiti hati ku… layakkah khairul yang cuba menamparku setelah aku menampar maz… dan layakkah aku memutuskan persahabatan aku dan maz tanpa mendengar penjelasan maz terlebih dahulu…
Tetiba…hp ku berdering… aku mengangkatnya…jauh ditalian suara ibuku…
“ Assalamualaikum mira”
“Waalaikumusalam..kenapa ibu telefon?”
“Macam ni… tadi… ada rombongan datang meminang Mira… ibu tengok orangnye baik… sejuk mata ibu memandang… ibu nak tolak pun x sampai hati… lagipun mira masih belum berpunyakan? Jd ibu terus menerima pinangannya… maafkan ibu kalau mira x bersetuju… ibu Cuma mahukan yang terbaik untuk mira…”
“Jadi ibu terima pinangan orang tu?”
“yer… ibu terima…2 bulan lagi mira akan kawin… setelah mira tamat pengajian mira….segala persiapan akan diuruskan lelaki itu…mira x perlu risau”
“Hahh.. kenapa cepat sangat??”
“Sebab dia nak menyambung pelajarannya kat UK… dan dia nak bw mira bersama… setelah kamu berkahwin nanti… maafkan ibu andai mira x setuju… tp ibu rasa dia calon yang terbaik untuk mira… ”
“baiklah ibu… mira terima keputusan ibu..”
Aku rasa macam terkena kejutan elektrik… kenapa banyak sangat benda yang berlaku hari ni… mungkin dia jodohku.. aku kan dah serahkan jodohku pada takdir… aku patut menerimanya seadanya…. Tapi mampukah lelaki itu menerimaku setelah mengetahui sejarah silamku… aku bukan lagi perempuan suci… pasti dia seorang lelaki yang baik… kalau x… masakan dia diterima mudah oleh ibuku… pastinya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya… dan aku yakin…pilihan ibu adalah tepat… tapi layakkah aku untuk menjadi peneman hidupnya….opss… lupa plak nak tanya ibu siapakah gerangan lelaki tersebut… biarlah ia menjadi rahsia sampai hari perkahwinanku… baru suspen skit…heheh…
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”