Layakkah Aku??? (Siri 17)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:45 PG
Siri 17
Kini.. hari yang ku nantikan telah tiba..hari ini aku akan dinikahkan... persoalanku tentang siapakah dia akan terjawab hari ni… gementar aku rasakan… sekejap saja lagi aku akan bergelar isteri kepada lelaki yang aku sendiri tidak tahu siapakah gerangannya… dengan rasminya aku juga akan memegang tanggung jawab yang lebih berat… mampukah aku untuk mentaati segala perintah suamiku??? Mampukah aku untuk menggenggam redha seorang suami yang aku sendiri tidak mengenalinya??? aku takut aku x mampu untuk melaksanakannya… pasti neraka tempat ku kelak… tanggungjawab sebagai isteri memang berat… aku terpaksa berkorban untuk seorang yang bernama suami… mungkin kerana itu wanita yang taat pada suaminya dan Allah boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya…tapi aku x mampu untuk memegang tanggungjawab seorang suami… tanggungjawab yang cukup besar… perlu menanggung dosa ibu, adik perempuan, isteri dan anak… walaupun hanya perlu mendapat redha ibu yang pastinya tidak mahu anaknya masuk ke neraka… tp aku x mampu untuk memegang tanggungjawab itu kerana aku dilahirkan sebagai seorang wanita…
Acara akad nikah dijalankan dirumahku… aku hanya menanti dibilik menunggu acara tersebut selesai…
“Assalamualaikum” pintu bilik pengantin dikuak…
“Waalaikumussalam” aku menjawab… aku bersalaman dengannya… tanpa melihat mukanya… dia mencium dahiku dan kemudian aku mengangkat muka ku untuk melihatnya…
“Aidil Afiq” hanya perkataan itu yang terpancul dari mulut ku… aku sangat terkejut dan kaget… lelaki yang pernah memusnahkan hidupku dan mengambil kesucianku kini sah bergelar suamiku… aku yang pada awalnya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memilih ku sebagai teman hidupnya… kelu lidah ku kini… Kenapa dia perlu muncul kembali dalam hidupku??? Adakah nanti aku akan ditinggalkannya lagi?? Habis madu sepah dibuang… Tapi mungkin dia sudah menyesal atas perbuatannya… aku tidak boleh terlalu cepat menilai… aku perlu mendengar penjelasannya terlebih dahulu…
“Nanti hubby jelaskan yer…baby” Fiq berbisik ke telinga ku… aku hanya mengangguk..
Kami ke acara seterusnya iaitu mengambil gambar kenangan bersama keluarga… sementara sesi bergambar berlansung, otakku terus ligak berfikir… apa sebenarnya disebalik semua ini… untuk meminta cerai dengan fiq aku rasakan tidak mungkin… aku dah berjanji dengan diri aku untuk menjadi isteri yang solehah… isteri yang solehah tidak akan meminta cerai dengan suaminya… kerana cerai ialah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah…
Selepas sesi bergambar… tiba-tiba… aku melihat 2 orang yang aku sangat kenali… dia datang mendekati Fiq… Maz dan Khairul dengan baju sedondon berwarna hijau… kenapa mereka datang?? Adakah kerana mahu merosakkan majlis aku?? Atau mak yang jemput… sebab mak aku kenal dengan Maz… tapi kenapa khairul datang bersama Maz… memang muka x malu… aku mendekati Fiq… dan berbisik…
“ Fiq kenal ker dengan maz ngan Khairul ni… nape diorang datang??? Sy x jemput pun..”
“Khairul ni la kembar sy… nanti sy jelaskan segalanya… sekarang banyak tetamu… x sesuai..”
Haihhh… kenapa la fiq ni suka membebankan kepala aku??... bila la dia nak jelaskan semua ni… dia membuatkan aku tertanya-tanya…kedatangan Maz dan Khairul juga membuatkan aku jeles… aku kena faham… kini aku dah jadi milik fiq yang sah… aku kena setia dengan fiq… aku perlu membuang perasaan aku terhadap khairul secepat mungkin… kalau tidak mahu perkahwinanku jadi berantakan… seorang isteri yang solehah sepatutnya hanya mencintai suaminya sepenuh hati… bukan lelaki lain… inikan plak ipar sendiri… walaubagaimanapun aku masih melayan tetamu dengan mesra… kekusutan fikiranku hanya aku pendam dihati….
**********************
Majlis telah selesai… kini hanya aku dan fiq berada di bilik pengantin berdua… Fiq memulakan bicara…
“Sorry for everything….Maafkan Hubby kerana pernah menyakiti dan mensiakan hidup baby.. Mesti baby pelik macam mana hubby boleh menyesal dan tiba-tiba datang meminang baby dan kini kita telah bergelar suami isteri yang sah… Hubby rasa tiada benda yang patut hubby rahsiakan dari baby… kisahnya bermula pada suatu malam… hubby mimpi anak kita… dalam mimpi tu hubby nampak seoarang bayi… hubby rasa dia adalah anak kita sbb muka dia ada iras dengan hubby dan baby… dia tenung tajam hubby… hubby jadi takut… dia juga ada kata yang hubby ni pembunuh… mimpi tu berlanjutan… hubby jadi macam orang gila… Alhamdulillah… mungkin ini cara Allah untuk memberi hidayah pada hubby… hubby berkenalan dengan seorang lelaki yang kaki masjid… dia yang membantu hubby untuk pulih… sejak daripada itu hubby semakin mendekatkan diri dengan agama dan islam… Hubby semakin rapat dengan lelaki tu… sampai suatu hari.. hubby accident dan lelaki itu menderma darahnya… darah kami sama… padahal darah AB sangat jarang orang memilikinya… semakin hubby mengenali lelaki tersebut semakin hubby tau banyak tentang dirinya… nama bapa kami juga sama… hubby merasakan ada satu pertalian antara kami… setelah agak lama kami berkenalan… segalanya terungkap… dia adalah kembar hubby… dia dibesarkan oleh nenek dan datuk dikampung… dulu daddy dan mummy miskin… daddy serahkan khairul pada datuk dan nenek… khairul dibesarkan dikampung… hubby dibesarkan dibandar besar yang penuh hiburan… daddy dan mummy tidak pulang ke kampung beberapa tahun… mereka tidak dapat dihubungi semasa datuk dan nenek meninggal dalam satu kemalangan… dan khairul diserahkan pada sedara yang lain… Alhamdulillah akhirnya kami dapat bertemu kembali…”
“ooo… tapi macam mana hubby boleh menjejaki mira semula??”
“ Ni semua atas pertolongan isteri khairul… Maz…”
“Maz… pengkhianat tu??? Bila masa plak dia jd isteri Khairul”
“ Baby jangan cakap macam tu… baby x tau kisah sebenar.. biar hubby jelaskan dulu… Maz bukan pengkhianat seperti mana yang baby sangkakan… Maz adalah sahabat yang sangat baik… sanggup berkorban apa saja demi baby… Bahkan sanggup dimadukan oleh Khairul andai itu yang mampu membahagiakan baby”
“Apa maksud hubby?” aku tidak mengerti…
“Maz dah lama mengenali khairul… malah dia telah berkahwin dengan khairul sebelum baby mengenali maz… Maz dan khairul kawin lepas SPM…sebelum masuk matrik lagi… sbb tu baby x tau pasal perkara ni… mereka kawin atas pilihan keluarga… keluarga mahu mereka kawin diusia muda… Bila maz tahu baby sukakan khairul… dia suruh khairul cuba menerima baby… sbb dia tahu khairul mampu membuatkan baby bahagia… tetapi akhirnya menolak pinangan khairul kerana x mahu dimadu…”
Rupanya aku telah silap mentafsir… Maz bukan seburuk yang aku sangkakan… Maz memang sahabat sejati… yang sanggup mengorbankan kebahagiaan diri demi membahagiakan sahabat… Jahatnya aku mengkhianatinya… aku langsung tidak layak untuk memarahinya… apatah lagi menamparnya… aku patut berterima kasih dengannya bukan mengherdiknya dengan kata-kata kesat di depan khalayak ramai… Sahabat jenis apakah aku ini??? Aku hanya mampu menangis mengenangkan kesalahanku… aku menghantar sms meminta maaf kepada maz dan khairul… biarlah mereka terus bahagia tanpa kehadiranku…. Tentang aku dan fiq… aku terima dia seadanya… dia ialah cinta pertama aku… walaupun cinta kami bermula atas dasar nafsu… kini ia bertukar menjadi cinta kerana Allah… Aku memang x sesuai dengan khairul… bagai langit dengan bumi… Fiq adalah jodohku yang tepat… Hanya Allah yang tahu siapa yang terbaik untukku…Mungkin benar kata orang penzina seperti aku hanya layak kawin dengan penzina…. Dan benar juga kata orang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik… aku dan fiq akan cuba berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari… moga nanti kami mampu melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang mampu menjadi mujahid dan muhajidah yang berjuang demi agama Islam yang tercinta… Moga anak-anak kami tidak mengikut jejak langkah kami menjadi penzina… Kami benar-benar menyesal atas tindakan kami… Hanya kepada Mu kami memohon keampunan… Hanya engkau yang tahu segalanya… Sesungguhnya… aku x layak untuk meramal masa depanku.... Hanya engkau tahu apa yang terbaik untukku… Alhamdulillah….
-TAMAT-
Moga cerita ini boleh dijadikan pedoman dan iktibar untuk kita semua....
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”