Layakkah Aku??? (Siri 10)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:38 PG
Siri 10
“Yes, I do.” Jawabku ringkas.
Dengan rasminya aku berpacaran dengan Fiq. Fiq menyarungkan cincin berlian itu ke jari manisku. Aku sungguh bahagia. Bak kata P.Ramlee.. “Ana rasa dunia ni ana yang punya”
“ Lepas ni izinkan I panggil u, ‘Baby’ ok? U panggil I ‘Hubby’. Kalu u panggil Fiq tak romantic la. Cam kawan I jer.”
“Okey, my hubby. Thank you very much Fiq. Opss…Hubby” hahah…aku tersasul.
“Kalu u nak tau. U la perempuan pertama yang I approach dalam hidup I. Sejak kali pertama kita jumpa. I rasa macam ada chemistry antara kita berdua. I tak nafikan, memang ramai perempuan yang minat kat I. Tapi I memang tak layan. Kalau boleh I nak jadi setia macam daddy I. Kecuali la kalau u buat something yang buat I marah macam apa yang Mummy I buat kat Daddy I atau u dua kan I. Mungkin I jadi macam Daddy i. So you kena setia dengan I ok? Baby, I love you very much. Dan I sanggup buat apa saje untuk u. Baby, U adalah segala-galanya bagi I. I takkan persiakan u.”
Kata-kata itu masih tergiang-giang di fikiranku. Fiq dah buktikan segala janjinya benar belaka. Dia benar-benar mencintaiku. Sudah hampir sebulan peristiwa indah itu berlaku. Tapi masih segar segalanya di ingatan ku seperti baru semalam berlaku. Aku masih ingat tarikhnya 14 Januari. Kini aku benar-benar mencintai Fiq. Aku yakin ini cinta sejati yang dicari dalam hidup ini. Bukan cinta monyet di zaman persekolahan. Dialah cinta pertama dan terakhirku yang berjaya mencuri hatiku.
Dalam sebulan ini jugalah hidup aku makin mewah. Sudahlah mendapat keuntungan daripada internet investment aku tu. Pastu hidup aku ni seperti ditaja pula oleh Fiq. Segala yang menjadi idaman aku kini menjadi milikku. Aku sudah tak perlu belajar bersungguh-sungguh. Segala assignment aku boleh upah kawan siapkan. Fiza juga sudah tunduk dengan apa yang aku suruh. Sekarang baru dia tahu langit tu tinggi ker rendah. Hari-hari yang ku jalani rasa sungguh indah. Tapi aku rasa ada satu kekurangan dalam hidup ni. Tapi apa? Aku pun tak tahu. Nak kata tak bahagia. Aku bahagia sekarang. Entah la..Hubungan aku dan Fiq juga semakin rapat. Kalau dulu aku takut-takut nak naik motor bersamanya. Setiap malam minggu kami merempit bersama sambil melihat panorama Kuala Lumpur yang sungguh mengagumkan disamping melayan jiwa muda yang inginkan keseronokan dan kebebasan. Sekarang aku dah terbiasa memeluknya sekuat hatiku sambil membonceng motor. Aku dah tak takut kelajuan. Aku rasa selamat bila aku memeluknya. Aku dah bagi kepercayaan ku 100 peratus kepadanya. Aku bangga dapat menjadi aweknya.
Diluar kawasan universiti terutama masa keluar date ngan Fiq aku berpakaian seperti perempuan moden. Aku takkan jatuhkan maruah Fiq pengarang jatung kesayangan ku. Kat fakulti aku terpaksa mengekalkan pakaian lama ku iaitu baju kurung walaupun aku rimas dan panas memakainya disebabnya aku takut nanti terjumpa si Maz. Nanti di berinya aku khutbah yang panjang lebar. Malas aku nak dengar. Aku pun pelik. Nape la dia selalu datang ke fakulti ku. Kadang-kadang ada juga dia datang ke bilikku secara mengejut. Nak buat surprise katanya. Aku rahsiakan hubungan aku dengan Fiq daripada pengetahuanya. Aku yakin kalau dia tahu, pasti dia akan memujukku memutuskannya. Dia memang seorang yang antikapel. Senang la dia nak cakap. Sebab dia tak pernah kena penangan cinta tu. Bila dia kena nanti baru dia tahu. Bak kata orang cinta tu buta. Tapi hakikatya orang yang terkena penangan cinta tu jadi buta. Sebab tu la kita susah nak elak bila terkena. Kerana bila terkena cinta…kita akan nampak segalanya indah, semuanya sempurna. Tiada cacat celanya… Sedangkan tiada yang sempurna di dunia ini. Hanya Allah yang sempurna.
“Mira, esok valentine day. U all sambut kata mana?” Pertanyaan kak Amy mengejutkan aku dari lamunan.
Valentine atau dikenali juga dengan nama hari kekasih. Hari yang ditunggu-tunggu pasangan kekasih untuk menyambutnya. Dulu aku pernah dengar kisah disebaliknya. Ada orang kata valentine day adalah hari menangnya orang kristian melawan tentera islam. Ada juga orang kata valentine tu juga nama seorang paderi kristian. Entah la… malas aku nak fikir pasal kisah disebalik valentine tu.
“Ooo..yer tak yer… kita orang tak rancang lagi la. Dah la 14 Feb tu genap sebulan hubungan kita orang. Rasa macam nak bagi hadiah istimewa kat dia sebab Mira tak pernah lagi bagi hadiah kat dia. Dia jer yang bagi Mira hadiah. Tapi Mira kena tanya Fiq dulu.”
“ Ehh..korang biasa jalan-jalan jerkan? Tak pernah buat projek bersama lagi kan?”
“Aaaha…jalan-jalan jer la. Nak buat apa lagi. Projek? Projek apa?”
“ Hish..buat tak tau plak dia ni. Kolot betul la. Mira masih virgin kan? Apa kata Mira bagi hadiah paling istimewa buat dia esok?”
“Yer la…memang Mira virgin. Apa kaitan ngan hadiah istimewa tu plak? Maksudnya? Tak faham la Kak Amy.”
“Maksud akak, Mira tau kan apa yang lelaki mahukan daripada seorang perempuan. Nafsu lelaki hanya satu, iaitu tut.. Jadi apa kata malam esok, you give your virgin to him?”
“Hahh…apa? Takkan camtu skali kut. Pastu apa tinggal kat suami Mira andai kata Fiq bukan jodoh Mira kalau Mira dah bagi segala-galanya untuk Fiq?”
“Mira…Mira… Nape la ko ni ketinggalan zaman sangat. Zaman sekarang ni lelaki dah tak kisah perempuan tu ada dara ker tak. Kalu tak buat benda tu pun. Dara mungkin hilang sebab gaya hidup perempuan yang lasak. Mira boleh buat tu sebagai alasan Mira. Kalu suami Mira tu nakkan yang ada dara pun. Bukan susah sekarang ni, banyak jer pil yang Mira boleh ambik untuk kembalikan dara. It’s so easy. Yang penting kita enjoy dalam hidup kita. Tak payah fikir panjang-panjang. Kali ni Kak Amy cabar Mira. Kalau betul Mira ni perempuan moden dan bukan kolot, buat apa yang kak Amy kata.”
Huhh..sekali lagi aku dicabar. Aku memang pantang dicabar. Tapi ini melibatkan maruah aku. Masa depan aku. Kalau aku mengandung macam mana? Layakkah aku mengorbankan maruah aku demi sebuah cinta? Bagi aku maruah memang bukan untuk dijual beli. Tapi untuk cinta bagaimana? Bolehkah harga diri digadai? Kalau tidak, apa pula hadiah istimewa aku nak bagi kat dia? Nak bagi hadiah mahal. Aku rasa benda tu tak istimewa sebab dia mampu beli sendiri. Hahh.. apa patut aku bagi? Dara ku?
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”