Layakkah Aku??? (Siri 12)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:40 PG
Siri 12
“Uwekk..uwekk” kenapa loya sangat rasa tekak aku ni. Asyik rasa nak muntah jer. Ada pening plak tu. Macam mana aku nak jumpa Fiq malam ni untuk sambut genap 3 bulan kami bercouple. Mmm..dah lama juga aku tak period ni. Seingat aku sejak 2 bulan lepas buat perkara terkutuk tu dengan Fiq aku tak pernah period lagi. Pelik…Ker aku mengandung? Tak mungkin…Aku tak mungkin mengandung. Baru sekali jer aku buat benda terkutuk tu. Takkan dah lekat. Lagipun aku dah kira…kalu aku buat time tu tak mungkin menggandung. Lagipun kitaorang pakai pelindung malam tu. Hish…macam mana ni? Dah la final dah dekat. Timbul plak masalah. Untuk comfirmkan baik aku pergi beli pregnant tester dekat farmasi.
Sah.. aku mengandung. Ni tak boleh jadi ni aku mesti bagitau Fiq. Takkan aku nak tanggung benda ni sorang-sorang. Mungkin aku boleh ajak dia kawin cepat-cepat. Kalau nak gugurkan kandungan ni aku tak sanggup. Takkan aku nak bunuh anak yang tak berdosa ni. Bukan dia yang mintak nak lahir ke dunia ni. Tapi semua ni salah aku dan Fiq. Aku telefon Fiq sekarang la senang.
“Hello Baby, nape telefon tetiba? Dah tak sabar nak jumpa i malam ni ker?” Fiq mengangkat telefonnya.
“Hello Hubby, I ada something penting nak bagitau kat u. I…”
“What?? Cam surprise jer..” Fiq memotong percakapan ku.
“I pregnant.”
“Hahh..Pregnant?? Impossible... I’m sure u duakan I. Kalau tak, tak mungkin u mengandung. U permainkan i. U tak setia dengan i. Dalam diam u ada jantan lain yer??”
“ Fiq, jangan tuduh I macam tu. Ni anak u, Fiq. I bukan perempuan murahan. Hanya pada u, I serahkan diri i. I bukan pelacur.”
“Impossible tu anak I, Kita hanya bersama skali jer. Dah la pelindung yang kita guna tu 99% comfirm yang u takkan mengandung. I comfirm u bersama jantan lain pakai pelindung yang cikai-cikai atau tak pakai langsung.”
“Tak, Fiq ni hakikat. U kena terima. Ni anak kita bersama. Walaupun pelindung tu 99% comfirm. Masih ada 1 % lagi kebarangkalian untuk I mengandung. Nasib tak menyebelahi kita. Akhirnya I mengandung. Jadi, boleh tak kita awalkan perkahwinan kita supaya family kita tak malu pasal benda ni.”
“Kahwin u kata? I takkan kahwin dengan perempuan murahan macam u. Dah mengandung datang kat I kata anak i. Tak mungkin I nak percaya tuduhan u tu. Kalau betul pun tu anak kita. U gugurkan sahaja baby tu. Berapa pun kosnya I akan bayar.”
“Tak..tak mungkin I nak bunuh anak yang tak berdosa ni. Bukan salah dia. Ni salah kita berdua. Dia tak patut tanggung akibat daripada perbuatan kita.”
“Although kalau kita kawin dan jadi baik pun lepas ni. Status dia still anak luar nikah. Tembelang kita akan pecah juga nanti. Orang akan tahu juga dia anak haram kita bila dia nak kahwin nanti. Orang kita ni, pandang rendah pada anak luar nikah. Kita pun akan dapat malu. Tak guna juga. Kalau dia diberi pilihan, I rasa dia pun tak mahu hidup dalam hinaan seumur hayatnya. Kalau u jadi anak haram, u sanggup untuk hidup? I tak sanggup. Baik mati dari hidup dalam penghinaan. Baik gugurkan dia awal-awal. Dah la..kalu u tak nak gugurkan baby tu. U lupakan i. Dan kalu u nak gugurkan baby tu pun. I takkan kahwin ngan u. I yakin 100% tu bukan anak i. Sudahlah…tak payah nak merayu dengan i. Hubungan kita putus setakat ini. Bye.”
Tutt..tutt.. talian sudah diputuskan oleh Fiq. Aku menangis semahu-mahunya. Memang benar kata Fiq dulu. Dia akan jadikan kan malam tu, malam yang aku takkan akan dapat lupakan sampai bila-bila. Ingatkan, itulah malam paling manis dalam hidup aku. Rupanya itulah malam paling pahit buatku. Aku dah tersalah memilih. Ingatkan permata, rupanya hanya kaca di tepi pantai. Hanya melukakan hatiku. Segalanya yang aku ada sudahku serahkan segalanya padanya. Aku ditinggalkan begitu sahaja. Layakkah aku dilayan sebegini rupa setelah aku serahkan segalanya pada Fiq? Layakkah aku dituduh menduakannya setelah aku setia kepadanya? Layakkah aku ditinggalkan begitu saja? Semua ni salah aku, terlalu percayakan seorang insan bernama lelaki.
“Mira…Nape u nangis ni? U dah tahu ker pasal tu? Baru jer ingat nak bagitau u pasal tu. Rupanya u tau dulu. Rileks la. Jangan la sedih sangat. ” kedatangan Kak Amy secara tiba-tiba mengejutkan aku.
“Pasal apa kak Amy? Mira tak tau apa pun. Mira nangis tadi pasal benda lain.” Aku cuba mengesat airmataku yang masih berlinangan.
“Ni mesti gaduh ngan Fiq ni. Sekejap jer dia marah tu. Nanti ok la tu.”
“Tak. Kak Amy..takkan ok. Kami dah putus. Saya pregnant. Fiq tak percaya ni anak dia. Dia suruh saya gugurkan bayi ni.”
“Apa susah. Gugurkan jer la. Benda tu no hal la. Kalu akak pun akak gugurkan jer. Habis citer. Hahh.. akak ada kerja nak kuar ni. Akak balik ni pun tadi nak bagi tau Mira. Internet investment kita tu dah tutup. Kerajaan dah tangkap orang teratas dalam syarikat tu. Kita kena pandai-pandai la cari lubang lain untuk dapat duit. Ok la..Kak Amy cau dulu” Kak Amy meninggalkan aku begitu sahaja. Pintu pun dibiarkan tak berkunci. Ahh..biarkan la pintu tu…
Kenapa la nasib malang menimpa-nimpa aku hari ni. Kata orang sudah jatuh ditimpa tangga. Aku rasa macam hidup ni sudah tidak bermakna lagi. Sape la yang nak kat aku lagi? Mana ada orang nak perempuan yang dah ditebuk tupai. Tiada siapa yang nak jadi pak sanggup. Macam mana aku nak hidup bersama kandungan ni. Pasti aku akan dikeji dihina. Tambah-tambah bila perut membesar tanpa suami disisi. Dan macam mana aku nak besarkan budak ni. Aku sendiri pun tak mampu nak tanggung diri sendiri. Nak gugurkan memang aku tak sanggup. Kalu ada duit boleh upah orang kahwin kontrak. Ni, duit pun dah habis hangus dalam internet investment tu.
Pasal internet investment plak. Dah la aku dah ajak kawan-kawan aku ramai-ramai masuk investment tu. Macam mana aku nak ganti duit diorang. Duit aku pun habis aku laburkan untuk dapatkan untung berlipat kali ganda. Nak pinjam dengan Fiq pun. Hubungan kami dah putus. Kalau aku tak ganti duit kawan-kawan aku plak, mesti diorang salahkan aku kelak? Dah la exam nak dekat. Sekarang study week. Tak sampai seminggu lagi nak exam. Aku langsung tak ambil tahu pasal pelajaran aku sem ni. Satu apa pun aku tak tau ni. Macam mana nak exam minggu depan. Tambah plak dengan masalah bertimbun ni. Bukannya masuk otak kalau study pun. Sebut pasal study, hari tu ada kak Amy bagi pil untuk berjaga malam untuk study. Ok ker ek pil tu? Macam dadah jer. Kalu aku makan nantikan ketagih.
Aaaaaaaaaaaaaaaaa…………..Aku benggang… nape la aku kena lalui semua ni. Aku tak sanggup. Aku tak tahan. Aku tak mampu. Apa yang perlu aku buat. Aku tak tahu. Hidup ini terlalu sukar untuk aku lalui. Terlalu banyak gelombang yang perlu aku redah. Aku hanya berada di dalam sebuah perahu kecil. Aku kian karam di tengah lautan ini. Tuhan... kenapa kau seksa hidup aku? Hidupku bagaikan neraka bagiku. Penamat sebuah kehidupan adalah kematian. Ya..MATI. Aku nak mati. Aku tak mahu lalui semua ni lagi. Aku tak mampu lagi nak tanggung. Kalau aku hidup pun seperti dalam neraka. Apa guna aku hidup lagi. Aku telan jer pil ni banyak-banyak. Biarlah aku pergi buat selama-lamanya. Tinggalkan semua masalah didunia ni.
Aku terus menelan pil sebanyak mungkin tanpa berfikir lagi. Rasa kesakitan yang amat pedih menyerang ke segenap penjuru tubuhku ini. Persoalan timbul di benak ku. Layakkah aku menyalahkan takdir yang berlaku? Sedangkan semua masalah timbul angkara kesilapan diriku sendiri. Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Tidak mempedulikan akibat yang bakal berlaku. Layakkah aku membunuh diriku sendiri, sebelum ajal menemuiku? Bukankah ajal maut di tangan tuhan? Tapi penyesalan ini dah tak berguna lagi. Nasi dah jadi bubur. Aku tak boleh putar kembali masa yang dah berlalu. Racun dah merayap keseluruh tubuhku. Hanya mati pengakhiran bagi ku.
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”