Layakkah Aku??? (Siri 14)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:42 PG
Siri 14
Tahun 1 sudah berakhir, kini aku sudah berada di tahun 2 pengajian ku. Exam dah lepas.. keputusan pun dah dapat. Alhamdulillah aku lulus. Pastinya atas pertolongan Allah. Masalah ku tentang hutang tu pun dipermudahkanNya. Kawan-kawanku tidak menyalahkan aku. Mereka kata itu mungkin bukan rezeki mereka. Tapi aku tetap rasa bersalah. Sem ni, aku nak buat kerja part time. Nak kumpul duit pulangkan balik kepada kawan2 ku. Kini, aku sudah berpindah kolej lain. Namun aku masih berhubung dengan roomateku yang dulu, kak Amy melalui ym dan fb. Tali persahabatan tak mungkin aku putuskan. Kerana apa yang berlaku sem lalu adalah kesalahan ku sendiri.
“Mira, ana nak gi usrah ni, anti nak join skali?”
“Mmm… maaf la imah, x leh nak ikut… ada kelas la lepas ni. Terima kasih sbb ajak. InsyaAllah lain kali sy ikut.”
“Kalau macam tu x per la…lain kali… Dahulukan mana yang lebih penting dulu..”
Terkejut aku dari lamunan. Inilah roomateku yang baru bernama Fatimah. Seorang pelajar fakulti pengajian islam sentiasa berjubah dan bertudung labuh. Mungkin aku mampu mendekatkan diri kepadaNya dengan dibimbing Fatimah sem ni. Fatimah juga pelajar tahun kedua… sama seperti aku. Masa mula-mula mengenali dia dulu. Aku agak takut-takut dengan dia kerana nampak seperti seorang amat yang serius. Tetapi bila dah kenal ngan dia. Dia sebenarnya seorang yang peramah. Mudah bila berbicara dengannya. Dia juga suka mengajak aku kearah kebaikan. Masa awal-awal dulu, pernah kami berbual tentang usrah. Teringat aku kembali peristiwa tersebut.
“Anti ada join apa-apa kumpulan usrah kat sini?” Imah memulakan
“x der” jawab ku ringkas
“nape anti x join? X minat ker?”
“mmm.. x tau sgt pasal program sebegini sebelum ni… minat tu ada… x tau macam mana nak mula” aku cuba memberikan alasan.
“kalu anti dah ada minat… jom la join.. ana boleh tolong bantu… join ngan group ana..”
“tapi… takut x pandai nak bahagi masa la..”
“jika kita bagi masa sedikit untuk agama…Allah akan bantu kita…jangan anti gusar pasal itu… belajar untuk dekatkan diri dengan program seperti itu… baik untuk rohani dan juga mental”
“tahun ni Mira agak sibuk kerana saya mengambil banyak sedikit subjek. Nak baiki result tahun 1 dulu. Takut nanti Mira x mampu nak bagi komitmen sepenuhnya.”
“X per… perlahan-lahan yer... Allah akan bantu kita jika kita dekat dengannya…”
“InsyaAllah…nanti Mira cuba…”
“Alhamdulillah..” kata Fatimah menutup perbualan kami.
Cuma yang bersarang difikiranku.. layakkah aku untuk berkawan dengan orang sebaik Fatimah.. menyertai usrahnya… sedangkan aku manusia kotor…
******************************
Hari ini aku terlepas bas lagi… terpaksalah aku berjalan kaki untuk ke kelas… Nasib baik kelas pagi. X der la panas aku jalan kaki. Boleh senaman sekali. Berfikir secara positif membuatkan kita sentiasa bahagia dengan apa sajer yang perlu kita lalui… Aku bahagia menghirup udara segar dipagi hari sambil berjalan kaki ke kelas walaupun aku tertinggal bas… hanya senyuman yang menghiasi wajah ini.. Lagipun aku sudah keluar. Jadi tak berperlu berjalan tergopoh gapah ke kelas kerana kelas lambat lagi bermula. Sedang aku berjalan dengan…tetiba aku ditolak dari arah belakang dan begku diragut…
“Tolong..tolong…peragut…” aku menjerit sambil cuba bangun semula untuk mengejar peragut itu…tapi kakiku terseliuh.. aku tak mampu berjalan sendiri…apatah lagi mahu mengejar peragut bermotor itu…
Kemudian..Aku nampak sebuah motor mengejar peragut itu.. Mereka akhirnya hilang daripada pandanganku… aku masih terjelepuk ditanah… tidak tahu apa perlu aku buat. Mahu berjalan…kaki terasa amat sakit… Aku tidak risau akan wang yang berada dalam beg itu… Cuma aku kesalkan tentang peragut itu yang sanggup mencederakan mangsanya… hanya kerana wang… Tapi andai aku berfikir secara positif… mungkin peragut itu ada tanggungan yang perlu diberi makan. mungkin tanggungannya kelaparan dirumah dan perlu diberi makan kerana sudah beberapa hari tidak makan. Andai itu terjadi… aku halalkan wang aku yang diragut itu… Tapi layakkah aku menghalalkan perkara yang salah disisi agama…mencuri.. kalau ikut hukum hudud tangannya perlu potong… aku kesiankannya.. tapi caranya untuk mendapatkan duit itu salah… kenapa dia tidak menggunakan tulang empat keratnya untuk berusaha mencara rezeki yang halal…Andai orang yang diragutnya jatuh tersungkur lalu mati… pasti ia akan kesal… tapi ajal maut ditangan tuhan…
Tiba-tiba ada sebuah motor berhenti dihadapanku. Di dalam raganya ada begku yang diragut tadi. Tidak syak lagi. Motor inilah yang mengejar peragut itu.
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”