Layakkah Aku??? (Siri 8)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:36 PG
Siri 8
“Fiq, wait…Nak tumpang u boleh??” Aku memanggil Fiq sambil buat muka kesian.
“Comfirm boleh, dipersilakan tuan puteri…hehe” Fiq, membuka pintu kereta sportnya sambil bergurau.
Aku terus masuk ke perut kereta Fiq. Duduk di sebelah Fiq. Rasa hati masih berdebar teringatkan peristiwa tadi. Aku cuba tenangkan diri. Sambil memandu keretanya menuju ke universiti ku. Fiq menbuka bicara.
“ Tadi u kata u nak masuk internet invesmentkan? Berapa modal dia? Berapa banyak yang u perlukan lagi?”
“Mmm…modal dia Rm3500. Tadi dah dapat Rm1000 dengan Daddy u. Jadi I masih perlukan RM2500 lagi la. Tapi dalam simpanan I dah ada RM500. Kesimpulannya I masih perlukan lg Rm2000. Nape u nak taja ker?..Heheh.” Aku bertanya sambil bergurau.
“ I boleh taja u. Tapi dengan 1 syarat…”
“kalu syarat dia, I kena serahkan badan I kat u. Terima kasih jer la. I takkan terima.”
“Sape kate syarat dia macam tu. Tak la…I ni kan budak baik.”
“Habis tu apa syarat dia?”
“U ni tak sabar betul la. Syarat dia u kena jalan-jalan ngan I hujung minggu depan. U sudi tak?
“Jalan-jalan jer. Tak perlu buat apa-apa? Betul?”
“Yer…temankan I jalan-jalan hujung minggu jer. Kalu u setuju. Malam ni I bagi dulu duit kat u RM500. Nanti jumpa hujung minggu depan I bagi lagi RM2000. U simpan la duit u RM500 tu. Kalu ada apa-apa nanti u boleh guna. Sebab investment ni ada risiko tinggi.”
“Yer..kalu macam tu I sudi.” Aku menjawab ringkas. Fiq terus memberikan aku RM500.
Kami dah sampai di depan asrama ku. Aku terus keluar dari kereta Fiq.
“Thank you, Fiq”
“ Okey, see you next weekend baby” Fiq melambaiku dan terus meninggalkan pekarangan asrama ku.
Tak sabar aku menunggu hujung minggu depan. Fiq nampaknya seperti seorang lelaki yang baik. Tidak gatal seperti ayahnya. Mungkin salah kata orang. Kalu bapa borek tak semestinya anaknya rintik. Sepanjang perjalanan itu. Fiq tidak cuba untuk merabaku atau mengambil kesempatan terhadapku. Aku rasa aku macam ada satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan bila bersamanya. Dada ku berdebar-debar. Hatiku sungguh bahagia. Aku rasa hidupku jadi sempurna. Adakah aku terkena penangan cinta? Tak…tak mungkin. Aku baru kenal dia malam ni. Takkan aku dah jatuh hati padanya. Bagi ku cinta pandang pertama tak wujud. Kita kena kenal dulu orang tu baru boleh jatuh cinta. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Layakkah aku nak bercinta dengan orang yang tak aku kenali sepenuhnya? Layakkah aku untuk mencintai manusia….bukankah cinta itu hanya layak diberikan kepada Allah?? Ahh…peduli apa aku. Aku cintakan tuhan pun tak guna. Dia bukan nak tolong aku.
*********************************
“Dah pukul 9..kelas pukul 9…Ponteng la aku hari ni” Bukan salah sekali sekala ponteng. Tak ponteng pun dapat result teruk juga. Baik aku sms Fiza la. Suh dia signkan.
‘Fiza, aku tak dapat gi kelas. Bangun lambat la. Lagi pun sakit kepala la. Tolong signkan untuk aku. TQ’
Aku tekan butang send. Sekejap jer lepas tu handphone ku berbunyi. Aku membuka sms yang masuk.
‘Mira, sem lepas aku minta tolong kau signkan ko tak nak. Tak nak tipu lecturer lah. Tak nak bersekongkol konon. Sekarang kau nak mintak tolong aku. Sorry la. Aku takkan tolong orang yang tak pernah tolong aku. Kau minta tolong ngan orang lain la..’
Aishh…nanti kau fiza…nanti aku kaya. Baru kau tahu, kau datang pada aku. Baru kau tau langit tu tinggi ker rendah. Biar la attendent aku tak tersign. Hari ni jer… Cukup lagi percentage kehadiran aku 80% untuk masuk exam.
“Hey Mira, camne ko semalam enjoy tak?”
Pertanyaan kak Amy mengejutkan aku dari lamunanku. Rasa geram juga aku pada Kak Amy ngan kawan-kawan dia. Tinggalkan dengan Dato miang tu. Tapi kalu diorang tak tinggalkan aku ngan Dato tu. Aku takkan berjumpa jejaka bernama Aidil Afiq. Jadi aku patut berterima kasih diorang.
“Enjoy…Tapi bukan ngan Dato tu. Ngan anak dia…hehe”
“Oo.. Mira dapat kenal dengan anak dia bagus la. Anak dia jarang je ke situ. Orang kata anak dia handsome. Perfect guy. Betul ker? Bertuah Mira dapat kenal dengan anak dia. Tapi camne Mira leh kenal anak dia plak?”
“Setakat yang Mira kenal dia. Memang dia baik. Nampak perfect jer. Tapi tak tau la. Semalam Dato tu cuba nak perkosa Mira, pastu tetiba Fiq datang. Fiq la yang bantu dan selamatkan Mira dan hantar balik”
“Ooo...I see..Cara Mira citer macam Mira dah jatuh hati ngan Fiq ek??”
Aku mendiamkan diri. Tak tau apa aku nak jawab. Nak kata yer pun salah. Nak kata tidak pun salah. Ibarat pepatah ‘Ditelan mati mak, diluah mati bapak’.
“Diam tandanya setuju.” Kata Kak Amy mengejutkan lamunan ku. Kami ketawa..
*****************************
Hari yang ku tunggu-tunggu telah menjelma. Kami berjanji untuk berjumpa malam sambil pergi ke konsert artist tempatan. Dalam smsnya menjanjikan malam ni akan dia jadikan malam yang indah buatku. Tak sabar aku nantikan kehadirannya.
“ Hey, baby… Ambik ni helmet.”
Hahh…dia datang dengan motor berkuasa tinggi. Patut ker aku naik motor bersamanya? Mesti nanti dia bawa laju…Aaa!!…Aku takut kelajuan. Takkan aku nak peluk pinggang dia kuat-kuat. Selama ni kalau tersentuh tangan lelaki pun aku tarik tangan aku cepat. Pastu gosok plak tangan kat baju. Rasa kotor sangat macam sentuh najis. Ni nak kena peluk dia ker. Kalu tak pegang pinggang dia…duk jauh skit dari dia. Naye aku kalu dia brek emergency. Mau jatuh terjelepuk aku kat tengah jalan. Tapi kalu pegang pinggang dia pun. Kalu dia brek emergency pun aku juga yang rugi..Maruah siot. Nak tolak pun aku dah ambik Rm500. Jadi aku kena la naik juga motor ngan dia. Naper la dia tak bawa kereta sport dia. Selamat skit aku rasa. Nak cakap kat dia macam tu…nanti dia kata aku ni high taste plak. Layakkah aku untuk naik motor dengan lelaki ni? Nak kena pegang dia. Eee…camne aku nak buat ni.
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”