Layakkah Aku??? (Siri 11)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:39 PG
Siri 11
Ya...aku yakin dengan keputusanku. Muktamad. Fullstop.
“Fiq, sempena sambutan valentine kita yang pertama dan ulang tahun sebulan hubungan kita, I ada hadiah istimewa untuk u malam ni.” Aku memecahkan kesunyian makan malam kami yang dirancang oleh Fiq sempena valentine day.
“Yer, betul ker? Eee…apa hadiahnya.? Tak sabar I nak terima.”
“Emm.. I rasa ni masa yang sesuai. Lagipun I dah percayakan u 100%. Malam ni, I serah diri I hanya untuk u” Aku meluahkan dengan penuh debaran.
“Thank you sebab u dah beri kepercayaan u kat i. I janji nanti I akan kahwin dengan u. Nanti kita sewa hotel 5 bintang malam ni. I akan jadikan malam ni malam terindah untuk u. U takkan lupakan malam ni sampai bila-bila. Tapi I tak nak u pregnant sebelum kita kahwin. Nanti malu family kita.”
“U jangan risau. I pun tak nak pregnant sebelum kita kahwin. Nanti kacau study i. I yakin I takkan pregnant sekarang ni.”
“Tapi untuk langkah berjaga-jaga, kita singgah kat kedai jap nanti dalam perjalanan pergi hotel. I nak beli pelindung yang terbaik nak pastikan u takkan pregnant.”
Segala-galanya aku serahkan kepada Fiq malam itu. Aku rasa bahagia sangat malam itu. Betul kata Kak Amy, hidup kena enjoy. Jangan fikir panjang sangat, segala masalah nanti pasti ada penyelesaiannya nanti. Tapi layakkah aku berbuat begiitu? Layakkah aku menyerahkan diriku pada yang belum tentu jodohku? Layakkah aku yakin bahawa aku takkan pregnant lepas ni? Sedangkan Allah yang menentukan segalanya.
***********************
“Sebuah hotel bertaraf 7 bintang yang terletak di Kuala Lumpur telah terbakar.” Mata ku tertumpu kepada bulletin utama dihadapanku.
“Buzz..buzz.” Telefonku vibrate. Fiq menelefon ku. Pelik. Biasa dia tak pernah telefon waktu-waktu begini.
“Baby…daddy i…daddy baby…daddy dah tak der. Daddy mati dalam kebakaran hotel. Mayat dia…dah dijumpai. Mayat dia dijumpai berpelukan dengan seorang GRO. I tak kuat …I tak kuat baby untuk hadapi semua ni. I tak tau macam mana nak bagi tau Mummy I pasal benda ni. Boleh tak kita jumpa sekarang?”
“Ok…u sabar ok..i bersiap dulu… u ambik I kat kolej ni yer. U cool down dulu.”
Fiq menggambilku untuk menguatkan semangatnya. Kami pergi ke hospital untuk menuntut mayat daddynya. Dalam perjalanan aku cuba untuk menenangkan Fiq. Fikirannya agak kacau dengan berita sedih dan mengejut mengenai kematian ayahnya. Sudahlah cara kematian tu agak mengaibkan. Belum masuk ke alam barzakh lagi sudah terbakar. Sudahlah mati dalam keadaan sedang membuat maksiat. Tidak sempat bertaubat, nyawa telah tercabut dari badan. Moga rohnya diampunkan Allah. Ajal maut di tangan tuhan. Kita tak tahu bila kita akan mati. Sebab itu kita perlu sentiasa bersedia. Kejar dunia seperti nak hidup buat selamanya dan kejar akhirat ibarat esok kita akan mati. Mujurlah hotel yang kami sewa dulu tak terbakar. Kalau tak, tak tau la apa jadi pada kami. Lepas ni kami pasti takkan buat perkara terkutuk tu lagi. Kami takut peristiwa ini berulang pula pada kami.
Sampai jer di hospital kami dapat tahu yang kami hanya boleh mengambil mayat daddy Fiq esok hari. Kami balik ke rumah Fiq. Aku di tugaskan Fiq untuk memberitahu Mummy Fiq tentang kematian Daddy Fiq kerana Fiq tak cukup kuat untuk memberitahu ibunya. Dia tak sampai hati untuk memberitahu berita buruk ini kepada ibunya. Aku kena kuatkan semangat aku. Sampai sahaja dirumah aku diajak masuk ke bilik Mummynya. Aku lihat Mummy Fiq terbaring lemah.
“Mummy, perkenalkan, this is my girl, Mira.” Aku bersalaman dengan Datin Azura.
“Assalamualikum, Datin.”
“Waalaikumusam. Nice to me you, Mira. Fiq selalu cerita tentang u kat Mummy. Tak payah berdatin-datin. Nanti u akan jadi isteri Fiq juga. Panggil Mummy jer. Sorry, Mummy sakit. Boleh berborak sambil berbaring jer.” Mummy Fiq nampak sedikit ceria bila berjumpaku. Aku makin tak sampai hati untuk menyampaikan berita sedih tu. Tapi macam mana pun aku perlu lakukan juga.
“Datin..Opps..Mummy, Mira ada benda nak cakap ngan Mummy ni. Mira harap Mummy dapat bersabar. Semua ni ujian dari tuhan.”
“Berita apa ni? Macam serious jer.”
“Mummy.. sabar yer..jangan terkejut yer..petang tadi ada kebakaran kat KL. Dato berada di tempat kejadian masa kebakaran tu berlaku. Sekarang dato dah tak der..” Aku cuba menyusun ayat-ayat tersebut sebaik mungkin.
“Hahh…apa??” Mummy terkejut. Mummy tiba-tiba sesak nafas. Fiq terus memeluk ibunya.
“Fiq, ajar Mummy mengucap. I telefon doktor.” Aku memberi arahan pada Fiq dalam keadaan kalut.
Beberapa minit selepas mengajar Mummynya mengucap, aku lihat Mummynya menghembuskan nafas buat kali terakhir. Aku rasa benar-benar bersalah. Rasa seperti diri ini yang membunuh Mummy Fiq. Namun Fiq tidak menyalahkan aku. Mummy Fiq memang tidak dapat diselamatkan lagi. Fiq merangkul dan memeluk seeratnya tubuh ibunya yang hanya tinggal jasad. Yang pergi takkan kembali lagi. Dalam masa tak sampai 24jam Fiq kehilangan dua orang yang paling disayanginya dalam dunia ni. Aku perlu membantu Fiq. Dia telah kehilangan orang-orang yang sebelum ini telah menjadi tulang belakang dalam hidupnya. Keluarga bahagia yang diimpikan dahulu tak mungkin lagi jadi kenyataan.
Aku memberi kata-kata semangat untuk Fiq meneruskan kehidupannya. Kata orang, setiap pasangan perlu bersama ketika susah dan senang. Aku takkan biarkan Fiq bersedih seorang diri. Aku tumpang bersedih atas kematian kedua-dua ibubapanya. Aku menasihati Fiq supaya tidak terlalu memikirkan hal itu dan jangan menyalahkan takdir yang telah berlaku. Layakkah aku menasihati Fiq? Padahal dulu, aku juga menyalahkkan takdir yang berlaku. Tekanan yang Fiq tanggung memang kuat. Kalau aku berada di tempat Fiq mampukah aku menanggung tekanan sekuat ini?
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”