Layakkah Aku??? (Siri 2)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:23 PG
Siri 2
Sudah seminggu rupanya aku bergelar mahasiswi. Setakat ini aku tidak menghadapi sebarang masalah lagi. Mudah-mudahan perjalanan hidupku berjalan lancar.
“Mira, Kak Amy nak gi KL ni. Mira tak nak ikut ker? Jom la jalan-jalan kat KL. Mira kan tak pernah kuar lagi.”
“ Kak Amy pergi jer la. Mira tak leh ikut la. Takde fulus la Kak Amy. Hehehe…Lagi pun kerja banyak ni”
“La.. takkan dah tak de duit awal- awal sem ni. Rajin nyer Mira nak buat semua assignment yang lecturer bagi tu. Belajar kat u ni susah. Bukan macam belajar kat sekolah dulu. Kalu Mira wat kerja tu pun buat letih jer. Dah la nak siapkan nyer memakan masa dan menyesakkan otak. Pastu bila siap, senang-senang jer orang tiru. Tak berbaloikan tu. Baik kita enjoy hujung minggu ni.”
“ X per la Kak Amy. Kak Amy pergi jer la ngan kawan-kawan Kak Amy. Mira minta maaf sebab tak leh ikut kak Amy. “ jawabku ringkas. Malas aku nak bertekak dengan Kak Amy.
“Ok la.. kalu macam tu Kak Amy pegi dulu. Jangan menyesal tau...”
Selepas Kak Amy keluar dan menutup pintu bilik ku. Aku termenung. Bukan aku tak nak gi KL. Sape tak nak jalan-jalan. Dah lama aku teringin. Mungkin ini bukan masanya lagi. Aku mesti belajar bersungguh-sungguh. Aku sebenarnya bukan dah kehabisan duit. Tapi aku perlu berjimat. Minggu ni pun dah lebih RM300 aku habis. Tu pun sebab nak beli buku original. Teringat aku kata-kata seorang pensyarah ku yang menyebabkan aku rela wang itu pergi.
“ Ramai orang belajar sebab nak dapat kerja besar. Nak dapat gaji lumayan. Sebenarnya kita kena belajar kerana Allah. Nak dapatkan ilmu kerana Allah. Nak majukan umat islam. Bukannya nak kemewahan dunia jer. Tu la silap budak-budak sekarang. Pastu bila keluar U tak dapat kerja. Rasa tertekan sebab belajar kerana nak kerja. Tapi kalau kita belajar kerana Allah. Kita pasrah dengan apa yang kita dapat. Hati kita akan tenang. Pastu satu lagi yang saya tengok korang ni. Kalau bab buku korang nak jimat. Bab lain macam nak bergaya korang belanja tak ingat dunia. Korang asyik nak beli buku fotostat. Korang tau baca kan. Kat dalam buku tu kan ada tulis kalau nak copy kena dapat keizinan penerbitkan? Kalau korang fotostat buku tu mesti la korang x dapatkan keizinan penerbit. Kalau penulis tu tak redha dengan ilmu yang dia tulis dalam buku yang di fotostat secara haram. Macam mana korang nak dapat ilmu tu dengan baik? Korang beli la buku ori. Kita belajar nak berkat.“
Kata-kata itu memang terkesan dihatiku. Aku rela mengeluarkan wang sebanyak RM300 semata-mata untuk membeli buku ori. Biarlah aku kesuntukan wang untuk perkara lain. Aku mahu belajar dengan redhaNya. Pasal assignment lak. Biarlah aku bersusah payah buat assignment tu. Teringat aku akan kata-kata pensyarah ku lagi
“Assigment ni saya nak kamu buat sendiri. Saya tak nak kamu meniru. Memang saya tak tahu kalau kamu meniru. Hanya Allah yang nampak segala perbuatan kamu. Kalau kamu buat sendiri assignment ni kamu akan lebih mudah faham. Kalau kamu tak tahu nak buat, boleh jumpa saya. Tapi kalau kamu nak tiru juga. Tiru secara bijak. Jangan sampai saya dapat kesan. Kalau tak, nahas kamu. Saya rasa kamu semua dah cukup besar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri kamu”
Yer…aku setuju dengan kata-kata pensyarahku itu. Aku sudah terbiasa buat kerja sekolahku sendiri. Lagipun aku lebih yakin dengan hasil kerja aku sendiri. Hati pun lagi puas. Aku perlu menjadi pelajar yang rajin dan bertanggungjawab. Aku akan belajar rajin-rajin dan berdoa kepada Allah. Aku tak nak kejayaan aku atas dasar nasib lagi. Bak kata orang ‘Usaha tangga kejayaan.’
************************************************************************
“Hahh…dah pukul 8.30…Kak Amy bangun! Kita dah lambat ni.”
“Mmm…melepas la kelas kita pagi ni. Mana sempat nak g kelas. Sampai jer kelas dah habis. Kelas pukul 9 pun entah sempat..entah tidak… dah la bas bukan senang nak dapat masa ni… Baik kita ponteng jer dua-dua kelas tu.. Kita sms kawan kita suh dia tolong sign kan. Senang citer. Kita pun boleh sambung tidur. Aku pun letih lagi ni. Balik tengah malam semalam”
“Kiranya Kak Amy tak nak gi kuliah la ni. Tak baik la kita tipu pensyarah. Tapi memang tak sempat pun nak gi kelas yang pukul 8 ni. Tapi saya kena bersiap cepat untuk kuliah pukul 9 tu”
“ Ko tak payah la nak jadi ustazah lak pagi-pagi buta ni. Aku nak tidur la…Kalu ko nak gi. Ko gi la sorang. Tak payah nak mengacau orang lain plak. Lagipun kelas kita lain-lain..”
Layakkah aku dimarah sebegitu rupa setelah aku cuba mengejutkannya untuk pergi kuliah? Ahh..malas aku nak layan perasaan ni. Aku terus bersiap untuk pergi kuliah. Astagfirullah, aku tak semayang subuh lagi. Nasib baik ingat. Apa la aku ni. Kuliah ingat, subuh tak ingat. Macam mana la nak dapat berkat. Aku qada’ subuh dulu sekejap. Tu la semalam tidur lambat sebab nak siapkan assignment. Subuh plak terkorban. Pasni aku janji dengan diri aku. Aku kena selarikan kedua-duanya, dunia dan akhirat. Sampai saja aku di busstop. Aku nampak bas baru saja pergi. Aku mesti cepat. Sekarang dah pukul 9.00pagi. Aku kena jalan pergi kuliah. Kalau aku jalan seperti biasa, pasti mengambil masa sampai 20minit. Aku ingat pesanan pensyarah ni minggu lepas.
“ Saya akan datang ke kuliah kamu lewat 10minit. Saya nak kamu sudah berada dalam kelas saya. Sesiapa yang datang lambat dari saya akan saya halau.”
Aku kena lari. Aku tak kisah orang nak kata apa kat aku, asalkan aku dapat belajar dalam kelas tu. Aku terngucap-ucap bila sampai di depan pintu kelas. Aku tengok jam dah pukul 9.11minit. Tetiba aku nampak ada orang lalu disebelahku dan masuk ke dalam kelas. Aku terus masuk mengekori orang tersebut. Rupa-rupanya orang tersebut adalah pensyarahku. Belum sempat aku duduk. Aku dipanggil.
“Amira, kenapa awk masuk juga dalam kelas ni setelah saya masuk. Kamu tak ingat apa yang saya kata minggu lepas. Tiada orang yang boleh masuk ke kelas ni selepas saya masuk!!”
“Maafkan saya Dr. Saya dah datang sebelum Dr datang. Cuma saya berada di depan pintu kelas tadi, masa Dr. masuk.”
“Kamu tak payah nak bagi alasan. Sape suruh kamu tercegat kat depan pintu tu. Keluar kamu dari kelas ni”
“Tapi..” tak sempat aku menghabiskan kata-kata ku itu. Aku dijerkah lagi.
“Tak de tapi-tapi… keluar cepat!”
Tanpa berlengah aku terus berjalan keluar. Setelah penat aku berlari ke kelas. Aku tidak dapat juga masuk ke dalam kuliah tu. Layakkah aku dihalau sebegitu rupa?? Salah aku juga kerana bangun lambat dan pensyarah tu layak halau aku dari kuliah. Aku yang menuntut ilmu darinya. Aku patut menghormati keputusannya tanpa membangkang.
Hidup sebagai seorang mahasiswi ni memang banyak dugaan yang perlu aku lalui. Baru 2 minggu berada di sini, banyak sudah yang aku lalui… Mampu kah aku bertahan dengan tekanan di universiti ditambah lagi dengan roommate yang tidak dapat membimbingku malah mungkin membawa ku ke jalan yang salah? Patutkah aku cuba merubah sikap Kak Amy?
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”