Layakkah Aku??? (Siri 5)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:33 PG
Siri 5
“Cepat la siap kita dah nak pergi ni..”
“Saya dah siap dah ni Kak Amy.”
“Takkan Mira nak gi macam ni jer? Pakai baju kurung gi jejalan KL? Malu la Kak Amy nak bawa kalu macam ni. Hahh…ambik baju Kak Amy ni dulu…pakai cantik-cantik. Cepat gi salin baju. Nasib baik saiz kita sama..”
“Tapi, Kak Amy…”
“X der tapi-tapi…pakai la baju cepat.. kawan Kak Amy dah tunggu kat KL ... Nanti kat sana, Kak Amy belikan baju cantik-cantik untuk Mira.. Mira ni sebenarnya cantik… Kak Amy nak ubah penampilan Mira…”
Aku terus memakai baju Kak Amy tersebut. Mmm…memang cantik baju tu bila aku pakai. Tapi aku rasa tak selesa sikit sebab baju tu agak ketat. Bentuk badan aku terserlah. Bajunya agak singkat kalau tak berhati-hati pasti terkeluar pinggang ku. Agak malu la juga aku nak keluar pakai baju ni. Sebab aku dah terbiasa memakai baju kurung yang longgar dan labuh. Tapi aku kena pakai baju ni sebab ni adalah arahan Kak Amy. Aku kena tepati janji aku.
“Haa…cantik pun adik akak ni.. Pakai macam ni la baru sesuai.. Kalu tak biasa pakai baju kurung macam mak cik tua…Jom la kita pergi..”
***************************************
“Kak Amy nape kita gi kat sini? Cam gelap jer tempat ni…”
“Kawan-kawan aku tunggu kat kita kat sini. Sambil tunggu kita diorang boleh berkaroke di sini. Jangan la takut..tak de paper pun… Hahh…tu pun diorang..”
“Hei… Geng…” Kak Amy menyapa kawan-kawannya.
“Bawa budak baru nampak” Kata Kak Huda.
“ Aku bawa ni roommate aku la” kak Amy membalas.
“Roomate ko?? Ko ada roommate rupanya..Nape selama ni ko tak pernah bawa pun…ker ni roommate baru??” Tanya kak Nadia pula.
“Roomate aku ni sem lepas dia terperap kat dalam bilik jer…Ni la baru nak kenal dunia.. Dia ni fresh lagi ni… Budak kampung.. Macam aku dulu..”
“Ooo...What ever.. Welcome to our club..hehe” Kata Kak Huda
“Jom la gi jejalan… Aku nak cari baju untuk dia ni..”
Kami terus pergi ke kedai-kedai baju berjenama. Aku disuruh mencuba bermacam jenis baju. Semuanya cantik-cantik dan mahal tapi seksi. Hampir 10 helai pakaian yang Kak Amy beli untuk ku. Selepas ke kedai baju. Kami singgah ke kedai kasut. Aku di belikan 2 pasang kasut tumit tinggi oleh Kak Amy. Kemudian Kak Amy mengajak aku ke salon rambut dan kecantikan.
“Mira, kita rebonding la rambut Mira. Rambut Mira ni lawa. Pastu kita potong ikut trend terkini. Semua, Kak Amy yang bayar. Tapi lepas ni Mira tak payah la pakai tudung. Nanti rosak plak rambut baru tu. Lagipun nampak serabai jer Mira pakai tudung. Tak sesuai dengan baju-baju yang kita beli ni” Kata Kak Amy.
“Tapi Kak Mira, kalu wat rebonding mesti lama. Nanti tak sempat nak solat zohor plak” aku bertanya
“Mira…Mira… Skali skala x pe la kita terlepas solat. Nanti tua kita qada la…” balas kak Amy.
Aku ikut sahaja kata-kata Kak Mira. Aku rasa hari ini aku bagaikan seorang puteri. Mungkin inilah Syurga dunia yang dikatakan Kak Mira hari tu. Tapi dalam fikiranku ku tertanya-tanya… Kenapa aku diberi layanan sebegitu rupa? Layakkah aku menerimanya? Aku pelik.. kenapa aku dibelikan baju mahal-mahal.. mereka tak shopping pun. Satu lagi benda yang aku pelik… Kak Amy pun seperti aku juga.. Berasal dari keluarga miskin di kampung. Tapi macam mana boleh hidup mewah???
“Mira…Kita makan dulu…Lepas makan kita gi enjoy.. Jom masuk Kenny Roogers”
Ketika makan, aku cuba melontarkan persoalan yang bersarang di benakku.
“Kak Amy, nape hari ni kak Amy baik hati sangat belanja Mira? Ada paper ker?? Ni ker yang kak Amy kata syurga dunia tu”
“Aik, budak ni…Orang belanja pun salah… Tak der la… Mira kan baru join geng kitaorang ni. So, ni kira kita sambut kedatangan Mira la.. Mira pelik ek? Nape kita orang beli baju utk Mira jer? Kita orang tak shopping pun untuk diri kita orang ni.. Sebabnya…Kitaorang dah ada banyak baju macam tu. Tak muat almari dah..x perlu beli dah.. lagipun kita orang dah ada orang sponsor dah baju untuk kita orang…Kadang-kadang tu dapat yang luar negara lagi tu..” Jelas Kak Amy.
“Ni bukan syurga dunia lagi dik oi… ni baru persediaan nak gi syurga tu.. hehe..Lepas makan ni kita gi ok??” sampuk kak Huda
“Emm..” tak sempat aku nak bertanya . Kak Amy terus memotong.
“Mira pelik ek…Nape Kak Amy yang berasal dari keluarga miskin kat kampung dapat hidup mewah macam ni??”
“Yer..” Kak Amy ni macam tau jer apa soklan dalam kepala aku ni.
“Untuk pengetahuan Mira…Kak Amy ada masuk pelaburan. Kak Huda yang perkenalkan kepada Kak Amy dulu. Modal dia skit jer… Tapi untung dia banyak... Kalu Mira nak tau… Kalu kita ada duit macam-macam kita boleh buat. Semua benda kita boleh beli. Apapun yang kita nak pasti kita dapat. Tak payah nak belajar susah-susah. Asal lulus jer. Mak bapak kita kat kampung tu bukan nyer faham sangat ngan pngk tu. Kita boleh tipu diorang jer. Kalu kita belajar susah-susah pun tak semestinya dapat result tinggi pun. Macam Mira.. ”
“Kak Amy ni...perli nampak” Aku menyampuk. Disertai oleh hilai tawa.
“Hehe.. Kalu dapat dapat result tinggi pun bukan senang nak dapat kerja sekarang. Kalu nak kerja kat syarikat besar-besar… result first class pun tak jamin lagi dapat. Kalu syarikat kecik pulak. Gaji ciput jer.. buat letih study jer. Baik masuk pelaburan ni… x payah pening kepala fikir pasal duit. Duit masuk jer…kita tak payah kerja… nak bawa mak ayah pergi mekah pun boleh..”
“ Betul juga kata Kak Amy tu. Tadi Kak Amy kata modal pelaburan tu skit. Berapa ek?”
“Mmm…RM3500 jer..”
“Hahh.. tu dah 1 sem punya duit PT tu.. nak ambik kat mana duit banyak tu. Takkan sampai tak makan 1 sem?”
“Mira… duit banyak tu petik jari jer pun kita dah boleh dapat.”
“Macam mana tu ek.. takkan petik jari pun boleh dapat duit camtu jer?”
“Lurus bendul la kau ni Mira… Maksud akak, senang jer la nak dapat duit sebanyak tu. Kita ni perempuan. Banyak asset. Ko gi tandas pakai pakaian yang kita beli ni. Pasni kita gi enjoy…sambil tu akak ajar ko apa yang patut ko buat…As easy as one, two, three… Lagipun ko kan cantik.”
Aku terus masuk ker tandas untuk menukar baju tersebut. Sementara aku menukar baju tersebut, otakku terus ligat berfikir. Kemana la aku akan dibawa pergi nanti? Betul ker aku akan bergembira nanti? Macam mana la syurga dunia yang dikatakan itu? Lagi satu…macam mana nak dapat duit modal tu? Hoho…yang penting pasni aku akan jadi kaya macam diorang. Aku boleh hidup mewah. Tak sabarnya aku. Tapi… layakkah aku untuk hidup mewah???
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”