Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Layakkah Aku??? (Siri 7)

Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:35 PG
“ Hidup ini bagaikan sebuah perlayaran mencari harta karun. Perlu mengharungi segala jenis ombak yang mendatang. Kadang-kadang kita terjumpa lubuk ikan di tengah laut. Mungkin itu perangkap samar untuk kita. Namun, tanpa kita sedari kita terus leka menangkap ikan tersebut sehingga kita lupa akan tujuan asal pelayaran ini.”

Siri 7

“Are you okey? Nape u lari?” Aku pandang ke atas. Aku lihat seorang pemuda tampan sedang menghulurkan tangan untuk menolongku bangun.

“Thank you, Dato tu cuba nak perkosa I…”sambil aku menunjukkan jari ke arah Dato itu.

“Daddy…What are u doing here? Mummy tengah sakit kat rumah. Daddy plak enjoy ngan girls kat sini.”
Pemuda itu bersuara dengan nada yang agak tinggi. Hahh…dia anak dato ni ker?? Selamat ker aku ni. Kang kena marah plak ngan dia sebab nak goda daddy dia.

“Dah tau Mummy sakit… Nape Fiq pun datang sini juga? Nape tak Fiq jer yang jaga Mummy. Daddy malas dah nak ambik tau pasal mummy kau tu. Biar la dia nak mampus pun. Banyak benda dah dia cuba buat kat Daddy.”

“But Daddy.. She still your wife. Daddy tak boleh buat Mummy macam tu.”

“Ahh…Malas aku… kalu kau nak jaga kau jaga. Aku tak nak ambik tau.”

Dato’ tu terus pergi meninggalkan aku dan pemuda tersebut. Mungkin Dato tu sudah terlupa akan diriku yang dikejarnya tadi kerana terlalu marah akan isterinya. Dosa apalah yang telah dibuat isterinya sehingga dia begitu marah.

“Sorry. Hi, my name Aidil Afiq. You can call me Fiq. And u?” tetiba Fiq mengejutkanku dengan suara romantiknya.

“Ooo… My name is Nur Amira. Just call me Mira. Thank you for your help. Kalu u tak der tak tau la jadi camne kat I tadi. Dad u ker tadi?” aku cuba menyoal.

Hatiku girang. Sudahlah aku terselamat. Tejumpa pula dengan seorang pemuda kacak lagi kaya. Aku rasa macam jadi Cinderella jumpa putera raja plak. Tapi yang nak noda aku tadi tu ayah dia….

“Yes, That is my Dad. U jangan takut dengan dia. I will protect u. Dia tu memang kaki perempuan. U orang baru kat sini ker? Tak pernah nampak pun u sebelum ni.”

“Haah…This is my first time. U plak biasa datang sini buat apa?”

“Padan la…Tempat ni daddy I punya. Dia selalu cari perempuan kat sini. Tambah-tambah yang baru sampai macam u. I datang sini pun nak cari Daddy la. I tahu dia suka lepak kat sini kalau tak der kerja. Boleh main ngan perempuan…hehee..”

“Nape dia marah sangat Mummy u? Opps… sorry, busy body lak I.” Nape la aku gi tanya soalan maut tu.

“It’s okey. Jom la kita berbual kat luar. Nyaman skit.” Aku dan Fiq melangkah keluar. Kami duduk di atas kerusi diluar sambil dibuai angin malam. Sambil memerhati keadaan sekeliling yang masih lagi hiruk pikuk dengan orang walaupun malam sudah semakin larut. Fiq pula mengeluh, seperti mahu melepaskan semua masaalah yang ada di otaknya.

“Huhh..Segalanya bermula bila Daddy buka Pusat Karoeke ni. Dulu family I bahagia sangat. I rindu saat-saat tu. Daddy suka berkaroeke, sebab tu dia buka pusat ni. Tapi dia buat semua ni secara rahsia. Dia tak bagi tau Mummy sebab dia takut Mummy marah. Dia tahu Mummy memang mudah cemburu buta. Bila Mummy tahu yang Daddy ada buka pusat karoeke secara rahsia. Cemburu dia semakin menjadi-jadi. Padahal Daddy masih setia dengan Mummy. Mummy jumpa bermacam-macam bomoh. Mummy buat macam-macam kat Daddy termasuklah nasi kangkang. Tetiba Mummy menghidap penyakit pelik. Doktor tak tahu sakit apa. Bomoh plak bagi macam-macam andaian, orang buat la, kena badi la dan macam-macam lagi. Daddy sangat risau dengan keadaan Mummy. Pastu we all try panggil seorang ustazah. Ustazah tu kawan lama Mummy. Ustazah tu try berubat cara Islam and slow talk ngan Mummy. Lepas Ustazah tu balik. Mummy panggil daddy sambil menangis dan meminta maaf ngan Daddy. Mummy menceritakan segalanya pada Daddy. Lepas dari tu, Daddy marah gila kat Mummy. Daddy dah langsung tak ambik kisah pasal Mummy. Daddy jadi kaki perempuan. Mungkin dia nak lepas dendam dia pada perempuan kerana Mummy buat dia macam tu. Keadaan Mummy tetap tak berubah sampai sekarang. Mungkin sebab Mummy dah derhaka pada Daddy dan Daddy belum memaafkan Mummy”

“ So sad…Selama ni I ingat orang kaya mesti bahagia sebab ada duit banyak. Semua nak pasti dapat. U kena banyak bersabar la”

“I dah puas bersabar. I nak bahagia macam dulu. Thank you kerana u sudi dengar masalah i. So what is your opinion, sape yang salah sebenarnya? Mummy or Daddy?”

“Pada pendapat i…dua-dua salah. Daddy u kena telus la. Jangan berahsia sangat. Berterus terang dengan mummy u dalam semua hal..jangan takut bini plak..Mummy u pun tak boleh cemburu sangat. Dia perlu memberikan kepercayaan juga kepada Daddy u. Siasat dulu..jangan bertindak melulu…dan jangan guna jalan kotor. Kerana syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Bila berumah tangga kita perlu saling memahami…saling memberi…bukan saling menyalahkan antara satu sama lain. Maaf kalau jawapan I menyakitkan hati u..”

“It’s okey, tak per. Thank you sekali lagi sebab u give your opinion. Boleh I tanya, kenapa u berada disini?”

“Mmm.. i come here with my roomate. Roomate I tawarkan I untuk masuk internet invesment. To get the money for the invesment, I ambik upah berkaroeke ngan daddy u and kalu boleh ingatkan nak kikis duit daddy u…Tapi..I plak yang hampir kena kikis…hehe…nasib baik ada u..thank you selamatkan i.. Maafkan I sebab cuba nak ambik kesempatan ke atas family u tadi.” Aku cuba terangkan sejujur yang boleh. Hanya perasaan simpati dan bersalah terhadap keluarga Fiq yang bersarang dihatiku kini.

“Ooo…tak per.. Kalu bukan u…mungkin perempuan yang lagi teruk yang akan kikis duit Daddy i. Benda tu dah biasa. I tak kisah. Tadi u kata u datang dengan roommate u…Where is she??”

“Mmm..entah..I pun tak tahu dia kat mana sekarang.”

“Kalau macam tu, boleh I hantar u balik nanti? U bagitau la roommate u tu. Tu pun kalau u tak kisah. I janji tak akan apa-apakan u.”

“Mmm…” Nak percaya atau tidak. Aku keliru.

“Ok…U tak percaya dengan I kan? Tak per la kalau u tak sudi. Try u call roommate u dulu.. I rasa they all dah sibuk ngan jantan masing-masing sekarang ni..hehe. Nantikan tak pasal-pasal tinggal u sorang kat sini. Kat sini bahaya. Ramai jantan yang nak ambik kesempatan.”

Aku terus menelefon roommate u. Tapi aku tak dapat menghubunginya. Dia menutup telefonnya. Ada benar juga kata Fiq tu. Aku kena buat keputusan cepat sebelum aku ditinggal sendirian disini. Kalau aku balik dengan Fiq selamat ker aku? Tak der ker dia nanti bawa aku ker dalam hutan dan memperkosa ku. Tapi kalu aku tinggal kat sini. Aku tak kenal sape-sape. Mungkin aku akan jumpa orang yang lagi jahat. Sekurang-kurangnya Fiq dah selamatkan aku daripada nafsu buas daddynya. Kalu dia jahat dah tentu dia akan bersekongkol dengan daddynya. Tapi orang kata bapa borek anak rintik. Selamatkah aku? Layakkah aku untuk meramal apa yang terjadi? Layakkah aku untuk mengatakan Fiq juga seperti ayahnya walaupun aku belum mengenalinya dengan rapat? Aku tak layak menentukan segalanya. Yang pasti aku perlu membuat keputusan segera demi keselamatanku.

Bersambung...


“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”