Patutkah ku berubah???
Sabtu, Januari 23, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:09 PG
Pasal aku duk kelas sorang diri sem ni...wawawa...
aku suka subjek tu... aku tetap nak ambik...
walaupun x der perempuan yang ambik...
bygkan dalam 1 kelas yg mempunyai 30 orang pelajar...
hanya aku seorang perempuan disitu...
macam kera sumbang pun ada...
Walaupun aku dah 4 tahun belajar bersama mereka...
aku tetap x mampu nak bercampur secara direct ngan mereka...
walaupun ada diantara mereka yang pernah sama group projek ngan aku..
walaupun ada yang pernah bersembang tentang pelajarannga aku di alam maya...
tp aku x mampu untuk berkawan ngan mereka...
aku seorang diri dalam kelas itu...
melayan diri aku sendiri..
buat2 macam dalam kelas tu hanya aku seorang pelajarnya...
aku hanya mendengar riuh rendah orang berbual di belakang...
lepas ni... 1 sem aku akan terus berada di kelas ini...
Patutkah aku terus menyendiri?
Patutkah aku cuba berubah?
Patutkah aku menjadi orang lain?
semua persoalan ini bermain di mindaku...
bukan aku yang cuba menyendiri...
aku cuba menjadi diri aku dan memegang prinsipku...
x perlu aku cuba berubah...
kerna pernah dulu aku berasa bersalah bila cuba merubah...
aku tetap diri aku...
aku x mungkin mampu menjadi orang lain...
teringat aku masa praktikal...aku jd orang lain selama 3 bulan...
huhhh...aku muak dgn keadaan begitu...
tp bukan aku mahu jd org lain... tp sbb aku x biasa dgn persekitarannya...
biarlah... aku terus menjadi diri aku...
terus menyendiri...tanpa perubahan...
biar lah ilmu yang aku kutip...
tidak mengorbankan prinsip yang aku pegang...